KM Melaka tolak peletakan jawatan Akmal sebagai Exco, terus berkhidmat

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menolak surat peletakan jawatan Datuk Dr Akmal Saleh sebagai Exco Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri yang dihantar pada Januari lalu.

Ab Rauf berkata, Akmal akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai Exco Kerajaan Negeri seperti biasa.

“Saya nak beritahu, beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman tersebut.

“Tetapi saya membuat keputusan untuk menolak peletakan jawatan itu supaya beliau dapat meneruskan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri,” katanya ketika mengulas status peletakan jawatan Adun Merlimau merangkap Ketua Pemuda Umno itu.
Ab Rauf ditemui selepas mengadakan lawatan ke Empangan Jus di Jasin pada Rabu, lapor Sinar Harian di Melaka.

Beliau menegaskan bahawa kuasa untuk menerima atau menolak peletakan jawatan adalah terletak di tangan Ketua Menteri.

“Jadi, hak untuk menerima atau menolak adalah hak Ketua Menteri. Saya sudah bercakap dengan Ketua Menteri dan Ketua Menteri memutuskan untuk menolak,” selorohnya.

Akmal pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 15 Januari lalu mengumumkan keputusan meletakkan jawatan sebagai Exco Melaka.

Beliau bagaimanapun menjelaskan akan kekal dengan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Keputusan itu dibuat bagi menyahut pemimpin DAP yang sebelum ini menuntutnya mengambil pendirian sedemikian, susulan gesaan supaya Umno menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat