Anwar dedah komplot warga tempatan, Zionis cuba jatuhkan kerajaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud komplot melibatkan warga tempatan dan pihak luar negara bahkan pembabitan secara langsung kelompok Zionis terkemuka dalam cubaan menjatuhkan kerajaan.

Susulan itu Anwar memohon semua pihak memberi sedikit lagi masa untuk polis melengkapkan siasatannya, sebelum maklumat itu dapat dikongsi kepada umum, jika bersesuaian termasuk kepada Ahli Parlimen.

“Dan kalau besok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu, itu di antara kelompok Zionis terkemuka.

“Kelompok Zionis terkemuka, digunakan dalam program ini, projek ini dan nanti tunggu sabar entah seminggu, dua minggu, bila keadaan ini terbongkar, boleh diceritakan.

“Apa kita nak pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis ini, memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza. Dan apatah lagi dengan kenyataan kita semalam,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Memperincikan komplot berkenaan, Anwar berkata, mengikut siasatan awal, dari Ogos 2024 hingga projek yang dikemukakan itu ditetapkan timeline-nya, dari Ogos sehingga tarikh Pilihan Raya Umum (PRU).

“Itu agak menarik, berpengkalan di luar negara dengan dana yang besar, didukung oleh warga tempatan dan strateginya itu adalah untuk merencana satu kegiatan, mempertikai kerajaan yang ada dan usaha-usaha yang jalankan dan akan tamat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Hal ini masih dalam siasatan. Jadi sebab itu, saya tidak cenderung untuk menyebut nama atau tempat, tetapi saya umumkan berdasarkan maklumat yang telah sampai dan dalam siasatan PDRM kerana dalam laporan itu, dalam rekod itu, dengan syarikat dan badan-badan dan tokoh-tokoh berkenaan, itu sudah ada enam kali perjumpaan pada tahun 2025 di dalam dan di luar
negara.

“Untuk penjelasan, saya nak singgung di sini beberapa cebisan, sedutan dari rekod yang diperolehi tanpa menyebut nama bahawa daripada Ogos itu ditekankan strategi mereka untuk mendapatkan maklumat dan mempengaruhi melalui International Round Table, International NGOs dan melalui itu akan menggunakan International Push.

“Kemudian, brief Bloomberg untuk tindakan selanjutnya. Kemudian, tapi yang mendorong kegiatan ini adalah kerana siasatan rasuah oleh SPRM yang berskala besar. Itu yang menyebabkan mereka terpanggil untuk bertindak menggunakan kekuatan pengaruh luar dan dalam negara.

“Dan strategi mereka sepertimana yang disebut sebahagiannya, yang tadi saya quote dari rekod syarikat internasional berkenaan, yang menyebut umpamanya untuk menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan khususnya SPRM.

“Kemudian menggunakan kekuatan dan contact dengan negaranegara luar, dengan tujuan memberi naratif mempertikai kewibawaan negara Malaysia dan kerajaan dan mengatur gerakan melalui Parlimen Malaysia ini yang membimbangkan kita.

“Disebut disitu untuk utilise contact among Parliamentarians untuk mengugat. Berdasarkan beberapa fakta kukuh yang telah dirangka kemas dalam dokumen yang diperolehi dan sebahagiannya yang saya baca tadi, pihak PDRM telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

“Jadi yang terperinci tentang jumlah saksi dan sebagainya itu saya serah kepada polis, tetapi yang saya nak tekankan di sini sebagai rumusannya, PR company yang berkenaan akan menggunakan sebaik boleh newspaper editors journalist. Dua, publish a legal analysis untuk mempertikai langkah-langkah diambil oleh kerajaan. Dan ketiga, menetapkan dan mempengaruhi questions to be raised in Parliament tentang isu ini,” hurai Anwar,

Berikutnya beliau berkata, mempengaruhi melalui hubungan dengan menulis right to bankers setting out their strategy, maknanya ada sampaikan pengaruh melalui bankers dan question motivation of PM.

“Itu tak apa political, kemudian memuji, mencari jalan menggunakan seluruh International media network mereka, memuji tokoh-tokoh tertentu yang di dalam siasatan, ia termasuk rasuah
yang ada sekarang dikaitkan dan diminta supaya diberikan penghormatan dan penghargaan dan dipuji.

“Dan ini lebih kukuh dengan menggunakan International Media, tapi dua kali disebut khusus tentang Bloomberg yang disebut dalam muka surat tiga dan empat dalam strategi mereka.

“Itulah sebabnya mengapa saya katakan perkara ini tidak boleh dipandang serius. Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum dibangkitkan janganlah sampai esok dah terlanjur, tidak terkawal, baru kita agak ambil tindakan. Jadi kesiapsiagaan, kewaspadaan itu perlu yang merentas kepentingan parti atau kelompok,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat