29,112 orang rakyat Malaysia terkandas akibat penutupan ruang udara – PM

KUALA LUMPUR – Ramai rakyat Malaysia terkandas akibat penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan dan sebahagiannya memang sudah menetap dan bekerja di sana manakala sebahagian lagi adalah pelancong dan jemaah umrah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah yang besar adalah yang berdaftar, bertugas di rantau Timur Tengah yang mencecah lebih 29,112 orang di kalangan yang berdaftar dan tidak berdaftar.

“Paling ramai dari Qatar dan UAE (Emiriah Arab Bersatu), Arab Saudi dan Jordan.

“Kerajaan kita bertanggungjawab untuk memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia supaya keberadaan mereka di sana dapat dijamin keselamatannya.

“Kita terutamanya Wisma Putra, sedang memantau dari dekat. Sebahagiannya dibantu oleh Kedutaan dan menghubungi sekiranya memerlukan kerjasama membawa pulang walaupun terbantut sekarang kerana tersekat penerbangan,” kata Anwar pada Isnin.

Menurut beliau, penerbangan dibolehkan dari Arab Saudi, tapi negara-negara lain masih lagi belum mendapat kepastian.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengingatkan, bahawa dalam kesibukan ini, jangan lupakan nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Kerana sebaik sahaja
perperangan meletus atau serangan daripada Israel itu dimulakan maka pintu masuk Rafah, Gaza juga ditutup di bulan Ramadan ini dan menyebabkan bantuan makanan, perubatan kepada rakyat terbantut dan keadaan mereka tentu jauh lebih gawat.

Menurut beliau, pada 1 Mac 2026 semalam, telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan Sumud Darat 30 kontena Malaysia ke Gaza yang akan membawa sebanyak 30 kontena bersaiz besar dengan muatan sebanyak 374 tan bahan makanan dan kit kebersihan ke Gaza sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia.

“Sumud Darat menandakan komitmen kita kerana kita dan saya bangga anak-anak kita yang tidak lentur semangat mereka untuk mempertahankan
hak, maruah dan kelangsungan hidup rakyat Palestin.

“Pelancaran Sumud Darat juga membuktikan bahawa solidariti rakyat melangkaui kaum agama dan latar belakang politik dan kita konsisten untuk berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestin dan dalam keadaan sekarang membantu meringankan beban hidup akibat kezaliman rejim Zionis Israel.

“Kementerian Luar tentunya akan terus mengaktifkan bilik gerakkan, memantau dari dekat dan kita jamin kita akan lakukan apa yang munasabah dan mampu untuk membantu termasuk melalui bantuan konsular, nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia, sama ada yang terkandas untuk memilih untuk pulang ke negara mereka,” kata Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat