Rafizi akan jawab dakwaan konon seleweng RM3.6 bilion kalahkan kes Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan akan menjawab dan menghuraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu berkata nama beliau kini jadi bahan berita konon “bekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billion”.

“Jangan lupa tonton podcast YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam di saluran YouTube saya. Kami akan rakam pagi Jumaat dan disiarkan bermula jam 10 malam selepas solat terawih. Isu yang saya akan kupas minggu ini memang berat.

“Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Satu berhubung perjanjian negara dengan ARM, syarikat cip semikonduktor gergasi dunia. SPRM telah buka kertas siasatan, kononnya untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara. Ini yang jadi bahan berita konon “bekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billion”.

“Satu lagi mengenai satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi, iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya.

“Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon “Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billion”. Semua ini timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu.

“Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beria-ia dijaja jadi bahan berita,” selar beliau.

Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah, kata Rafizi.

“Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Datuk Seri Najib. Najib disabitkan bersalah bila ada RM2.3 bilion masuk akaun peribadi dari dana 1MDB.

“Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion – fuyooooo lagi banyak dari Najib! Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal.

“Fitnah selalunya berakhir dengan overkill. Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill.

“Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu – fitnah yang menjadi overkill. Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari.

“Kami yang rakyat biasa turun membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Malangnya, Anwar Ibrahim kini membenarkan fitnah yang overkill dijaja oleh penyokong-penyokongnya setiap hari, kerana kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah.

“Benarlah manusia ini mudah lupa. Jadi nak dengar kupasan penuh, jangan lupa tonton YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat