KUALA LUMPUR – Nik Omar Nik Abdul Aziz memuji ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan rumah ibadat tidak mengikut undang-undang.
“Ketegasan pada tempatnya adalah suatu hikmah dan terpuji.
“Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri atas ketegasan.
“Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Emosi marah, gembira, teruja jika diletakkan pada mizan (pertimbangan) yang tepat akan melahirkan komuniti yang hidup dalam keadaan harmoni,” kata Nik Omar.
Kerajaan tidak mengizinkan pembinaan mana-mana rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diizinkan supaya ‘membersihkan’ rumah ibadat yang sengaja dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.



