Muhyiddin buat mesyuarat di rumahnya malam ini, Hamzah tak dijemput

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan tidak dijemput menghadiri mesyuarat pra-majlis yang akan diadakan di kediaman Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.

“Jemput pun tidak, nak suruh hadir ni macam mana,” ujar Hamzah ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat pra-majlis yang akan diadakan di kediaman Muhyiddin malam ini.

Hamzah menyatakan, tanpa jemputan, bagaimana beliau boleh hadir ke mesyuarat itu.

“Bukan macam (soalan saya hadir)… begini (soalan yang sepatutnya ditanya), adakah Datuk Seri dijemput untuk menghadiri?” katanya ketika menjawab soalan ketika sidang media di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan malam ini dibatalkan, sebaliknya ketua empat parti komponen gabungan itu akan mengadakan pertemuan di kediaman Muhyiddin.

Dipercayai, pertemuan ketua-ketua parti itu adalah mesyuarat awal (pra-majlis) bagi ‘menentukan hala tuju’ sebelum Majlis Tertinggi PN bersidang untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN serta melantik penggantinya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat