Perlis dari luar nampak ‘berkocak’ tapi di dalam boleh diurus – Shahidan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Seri Shahidan Kassim akui situasi politik di Perlis hanya nampak ‘berkocak’ dari luar sahaja.

Namun kata bekas Menteri Besar Perlis itu, setakat ini krisis antara Pas dan Bersatu di negeri Indera Kayangan itu masih terkawal dan boleh diurus.

“Dari luar mungkin nampak berkocak, tapi dari dalam, masih terkawal dan boleh diurus.Insya-Allah.

“Di Parlimen, ada yang bertanya saya, “Perlis panas ke?” Saya jawab, ya antara negeri paling panas di Malaysia.

“Mereka tanya lagi, “Perlis okay?” Saya kata, okay,” ujar Shahidan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat