RUU URA ditarik balik untuk tambah baik

KUALA LUMPUR – Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini telah sepakat menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025.

Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Kabinet hari ni ini bersetuju untuk tarik balik RUU URA untuk pindaan dan tambah baik.

Menurut Menteri Komunikasi itu, keputusan ini diambil selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen dan Umno.

“Kabinet hari ini telah membincangkan RUU URA dan barisan menteri telah bersetuju secara dasar bahawa wujud keperluan untuk menggubal suatu RUU yang membolehkan isu perumahan di kawasan bandar khusus berkait miskin bandar diatasi dengan tuntas dan adil.

“Maka pada hari ini Kabinet telah bersetuju bahawa RUU pembaharuan semula bandar ini akan ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan dan tambahan yang akan diteliti, dibentangkan, dibincang dan diputuskan Jemaah Menteri pada satu tempoh yang akan dimaklumkan dan seterusnya dibentangkan semula dalam bentuk yang baru di Parlimen.

“Maka kita ucapkan terima kasih kepada Menteri KPKT (Nga Kor Ming) dan rakan-rakan di Plan Malaysia dan di atas usaha libat urus yang telah dilakukan,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Jelas Fahmi, sekarang Jemaah Menteri telah memutuskan supaya RUU ini ditarik balik untuk ditambah baik dan akan dibentang kemudian.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat