Tanpa kehadiran Zahid, Akmal tetap lepaskan jawatan Exco Negeri Melaka

KUALA LUMPUR, — Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebentar tadi, walaupun tanpa kehadiran Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Pengumuman itu dibuat di hadapan kira-kira dua ribu perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai kedudukan beliau dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka susulan pendirian terbukanya mendesak UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

https://www.facebook.com/share/p/1CSvirqmtQ/?mibextid=wwXIfr

Dalam ucapan sama, Akmal turut mencabar DAP Melaka supaya melakukan perkara yang sama dengan melepaskan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka sekiranya parti itu benar-benar konsisten dengan pendirian politik masing-masing.

“Gua ada maruah, lu ada maruah ke?” ujar Akmal secara lantang, disambut sorakan perwakilan Pemuda UMNO yang memenuhi dewan.

Turut hadir sebagai tetamu dalam perhimpunan tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, serta bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Akmal dalam ucapannya menegaskan bahawa keputusan melepaskan jawatan Exco dibuat atas dasar prinsip dan konsistensi politik, memandangkan beliau tidak mahu terus berada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka sedangkan sayap Pemuda UMNO secara terbuka mengambil pendirian menentang kerjasama UMNO dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketiadaan Ahmad Zahid Hamidi ketika pengumuman dibuat turut menjadi perhatian, walaupun Akmal memaklumkan bahawa mengikut jadual asal, Presiden UMNO dijangka hadir pada waktu tersebut.

Selasa lalu, SuaraTV melaporkan Akmal dijangka mengumumkan peletakan jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, susulan tekanan dalaman dan persoalan konsistensi kedudukannya sebagai anggota kerajaan negeri. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat