Proses lantik Pengerusi PN mudah saja, tapi ada puak belit-belit – Pemuda Pas

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa wujud kumpulan yang cuba menyukarkan proses pelantikan pengganti Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Menurut Ahli Parlimen Alor Setar itu kumpulan ‘pembelit’ ini tidak ramai bahkan mudah dikenali.

“Benda mudah ja sebenarnya. Tak susah pun. Pengerusi dah berjiwa besar, umum letak jawatan dan surat rasmi pun dah ada.

“Langkah seterusnya ialah perlu dipanggil satu mesyuarat khas PN untuk terima dan sahkan peletakan jawatan Pengerusi. Kenapa, kerana itu ada termaktub dalam Perlembagaan PN. Setelah diterima dan disahkan, maka Pengerusi yang baharu perlu dilantik.

“Oleh kerana Setiausaha Agung PN juga meletakkan jawatan, maka tugasnya dipangku oleh Timbalan Setiausaha Agung PN. Beliaulah yang perlu uruskan panggilan mesyuarat, mengikut tatacara di dalam Perlembagaan PN. Mudah sahaja. Tak perlu berbelit-belit pun,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut Afnan, proses ringkas itu sengaja dipanjangkan.

“Pertikai siapa yang layak panggil mesyuarat, hurai tafsir perlembagaan, bawa orang ini jumpa orang itu, minta orang itu backup orang ini. Ini semua perangai berbelit-belit.

“Yang berbelit-belit ni biasanya ada plan lain. Plan untuk gagalkan semua proses yang mudah tadi. Depa inilah punca masalah.

“Rakyat boleh tonton siapa yang sedang membelit. Mereka tak ramai. Mudah dikenali,” selar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat