Sukar cari tokoh ulama berkarisma jadi Pengerusi PN, profesional lebih menonjol

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Ulama Pas Perlis Ahmad Adnan Fadzil mengakui, tidak mustahil Pas akan berdepan kesukaran mendapat tokoh ulama berkarisma yang mampu menyaingi penonjolan golongan profesional, yang kini jauh lebih ramai.

Ahmad Adnan menzahirkan perkara itu menyusul kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki yang tegas mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mesti datang dari kalangan ulama Pas dan penanda aras ditetapkannya ialah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Justeru kata Ahmad Adnan, mungkin memadai dengan kepimpinan beriman, bertakwa dan berkelayakan semasa.

“Paling utama ialah Majlis Syura diperkasakan agar berfungsi sebagai pengawal dasar, supaya kepimpinan Islam yang berteraskan konsep khilafah dan demokrasi syura terus terpelihara.

“Tidak mustahil parti akan berdepan kesukaran mendapat tokoh ulama berkarisma yang mampu menyaingi penonjolan golongan profesional, yang kini jauh lebih ramai.

“Tiba masanya kesetiaan (walak) berpaut pada sistem dan institusi, bukan semata-mata pada sosok pemimpin,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat