Mendarat dari Shanghai, Akmal terus terbang berjuang di Kinabatangan, Lamag

KUALA LUMPUR – Tidak sempat berehat, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh yang baru tiba dari Shanghai, China meneruskan penerbangan ke Sabah untuk berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

PRK Kinabatangan dan DUN Lamag akan membuka tirai esok, dengan bermulanya proses penamaan calon.

Setiausaha Pemuda BN dan Pemuda Umno Hafiz Ariffin berkongsi foto beliau dan Akmal di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju Sabah.

“Berita apa? Ada banyak kerja nak kena selesai ni.

“Lets go Kinabatangan dan Lamag! Lawan! katanya bersama tanda pagar #PemudaCaraKita.

Setakat ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda Umno Kinabatangan telah dinamakan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Bagi kerusi DUN Lamag, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang lepas, Mohd Ismail Ayob atau dikenali Miha sebagai calon yang akan mewakili parti itu pada PRK berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat