Kunjungan hormat Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar AS ke KPKM, tingkatkan kerjasama perdagangan pertanian

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kunjungan hormat Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, David H. Gamble ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak merupakan kelangsungan kerjasama dua hala yang kukuh antara Malaysia dan AS, khususnya dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan, selaras dengan hubungan diplomatik erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

KPKM dalam kenyataan berkata kunjungan ini telah berlangsung di Wisma Tani, dekat sini baru-baru ini oleh kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha peningkatan kerjasama perdagangan pertanian bertujuan untuk memperkukuhkan prestasi perdagangan serta meningkatkan keyakinan bersama terhadap sistem kawal
selia makanan dan pertanian.

“Malaysia turut menyatakan hasrat untuk meneroka peluang kerjasama dalam beberapa bidang strategik, antaranya pengeluaran jagung bijirin (grain corn) bagi makanan ternakan, pemerkasaan mekanisasi dan automasi pertanian melalui penerapan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing sektor agromakanan negara, selain pembangunan tanaman kubis bulat di kawasan tanah rendah, ”menurut kenyataan itu.

“Isham turut mengalu-alukan pelaburan dari AS ke Malaysia dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan, termasuk pembangunan teknologi Internet of Things (IoT).

“Sehubungan itu, KPKM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Pertanian (DOA) dijangka mengadakan lawatan kerja ke AS dalam masa terdekat bagi tujuan penandaarasan sistem kawalan kesihatan makanan dan pertanian negara tersebut, selaras dengan komitmen yang digariskan di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART), ”kata kenyataan itu lagi.

Ujarnya, sehingga September 2025, jumlah perdagangan pertanian antara Malaysia dan AS mencecah kira-kira RM14.68 bilion, merangkumi eksport pelbagai produk pertanian utama Malaysia ke AS seperti kopi, koko, teh, rempah-ratus dan produk pertanian terproses. Manakala, import dari AS pula melibatkan pelbagai produk makanan.

“Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan strategik sektor agromakanan, selaras dengan usaha Malaysia untuk meningkatkan keterjaminan bekalan makanan serta memperkukuh rantaian nilai pertanian negara, ”ujarnya lagi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Dato’ Sri Norazman Ayob; dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA), Dato’ Nor Sam Alwi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat