Dr Mahathir dirawat di IJN selepas jatuh di kediamannya

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan sedang menjalani rawatan Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur pada Selasa akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi tadi.

Khabar itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar beliau Sufi Yusoff dalam hantaran dalam kumpulan WhatsApp.

Sufi memberitahu Dr Mahathir dalam keadaan sedar dan terus dikejarkan ke IJN dengan ambulans dari kediamannya pada sekitar jam 9 pagi tadi.

Bagaimanapun Sufi berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut sehingga mendapatkan kemas kini laporan perubatan daripada pihak doktor dan hospital.

“Dia dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.

Tambah Sufi lagi, ketika kejadian difahamkan Mahathir sedang berjalan dari bahagian balkoni ke ruang tamu kediamannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat