KUALA LUMPUR – Penyatuan ummah melibatkan pemimpin Melayu-Islam belum tentu menjamin kepada kestabilan politik
Mengambil contoh konflik politik Perlis, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, di Perlis ada 15 Adun, yakni 14 daripada mereka Melayu- Islam yang juga daripada satu gabungan iaitu Perkatan Nasional (PN) terdiri daripada Pas dan Bersatu.
Namun menurut bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu, tindakan sesama mereka yang menyebabkan kerajaan itu akhirnya terbubar dan terpaksa dilantik Menteri Besar yang baru.
“Tentu, sebagai rakyat Malaysia, kita dah biasa dengar tentang kepentingan penyatuan ummah, terutamanya di kalangan orang Melayu, Islam di negara kita.
“Kalau kita nak bercakap tentang soal perpaduan Melayu ini menjadi bukti bahawa sebenarnya soal politik ni, ia bukan soal kepentingan kaum atau agama termasuk di kalangan mereka yang mendabik dada bahawa itulah perjuangan mereka selama ini.
“Akhirnya, ia juga tentang kuasa dan sebab itu penting untuk kita kembali lihat kepada soal dasar tentang soal faedah kepada rakyat termasuk kepada orang Melayu dan bukan kita termakan dengan retorika semata-mata,” bidas beliau dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.



