KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menitipkan tiga penting kepada warga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Beliau yang tamat tempoh sebagai senator Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berakhir kelmarin mengingatkan, integrity is non-negotiable.
“Sentiasa katakan ‘tidak’ kepada salah guna kuasa dan rasuah, kerana integriti mengambil masa bertahun untuk dibina, tetapi hanya beberapa minit untuk dimusnahkan,” pesan beliau.
Menurut Tengku Zafrul, setelah 3 tahun yang penuh bermakna, tibalah masanya untuk beliau mengakhiri tugas di MITI.
“Walaupun rasa sebak untuk meninggalkan MITI, saya amat berbangga dengan pencapaian kita bersama! Ingatlah, kejayaan MITI bukan kerana siapa yang menjadi Menteri, tetapi adalah usaha semua warga MITI dan Agensi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
“Terima kasih atas sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi.
“Sebelum saya melangkah, izinkan saya berkongsi pesanan penting untuk pegangan kita iaitu sentiasa berikan khidmat yang terbaik untuk negara dan rakyat, kerana tanggungjawab penjawat awam itu amat penting.
“Juga always support one another and be proud of your work be your own cheerleader dan kuatkan semangat kerja berpasukan.
“I will always be MITI’s No 1 Cheerleader no matter where I am. Jaga diri dan jagalah nama baik MITI,” katanya.



