SPR rasmi isytihar Masidi, Jamawi menang, perjelas ambil masa lama kira undi

KOTA KINABALU [RASMI] – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun dan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Jamawi Jaafar untuk DUN Melalap diisytihar dua kerusi terawal menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

SPR memaklumkan bahawa proses penjumlahan undi mengambil masa sedikit masa yang lebih panjang berikutan persaingan calon beberapa penjuru disamping faktor muka bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi
(PPRU).

“SPR memberi jaminan untuk mengendalikan proses penjumlahan rasmi undi ini berjalan dengan telus, cekap dan mengikut lunas undang-undang.

“Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat