KUALA LUMPUR – Hari ini merupakan mesyuarat Jemaah Menteri terakhir buat Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang tempoh Ahli Dewan Negara yang disandangnya akan berakhir pada 2 Disember 2025.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakam potret kenangan bersama “ironman” dan bekas boss, Senator Tengku Zafrul pagi tadi sebelum bermula Mesyuarat Jemaah Menteri.
“Hari ini merupakan mesyuarat Jemaah Menteri terakhir buat YB TZA mengambil kira tempoh Ahli Dewan Negara yang disandangnya akan berakhir pada 2 Disember 2025.
“Kenangan dan pengalaman bekerja bersama Tengku Zafrul khususnya semasa kami di Kementerian Kewangan merupakan momen terindah yang tidak akan saya lupakan. Terima kasih YB!
“Pada pandangan saya, Tengku Zafrul sememangnya seorang yang berwawasan, mudah didekati, berani dalam membuat keputusan, cergas dan “fit” serta sentiasa menjaga keterampilan.
“Apa-apa pun, 𝘠𝘰𝘶’𝘭𝘭 𝘕𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘞𝘢𝘭𝘬 𝘈𝘭𝘰𝘯𝘦,” ucap Shamsul Azri.



