Pas harap Bersatu dapat selesai segera konflik dalaman, elak palit kesan negatif kepada PRN Sabah

Pas harap Bersatu dapat selesai segera konflik dalaman, elak palit kesan negatif kepada PRN Sabah

KUALA LUMPUR – Pas berharap kemelut dalaman Bersatu dapat diselesaikan segera bagi mengelak kesan negatif terhadap Perikatan Nasional (PN), terutama menjelang PRN Sabah.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kemelut dalam Bersatu sedikit sebanyak memberi kesan kepada parti-parti komponen lain dalam gabungan itu, termasuk PAS.

“Sebab kita duduk dalam PN. Apa yang berlaku dalam Pas atau Bersatu akan memberi kesan kepada semua. Kalau bagus, baguslah, kalau tidak bagus, maka kesannya juga tidak bagus. Itu kita tidak nafikan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, lapor BH di Kelantan pada Rabu.

Beliau menegaskan, Pas mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu dalaman BERSATU kerana ia perlu diselesaikan secara tertutup.

“Kita tidak tahu sejauh mana serius masalah itu, namun ia perlu diselesaikan dalam parti, bukan di luar – umpama ‘suami isteri bergaduh’.

“Dalam keadaan rakyat meletakkan harapan besar kepada PN, kita mesti pastikan kita kemas, tidak ada masalah, dan boleh bergerak dengan padu,” katanya.

Media semalam melaporkan, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebulat suara bersetuju menghentikan kemelut dalaman parti demi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan parti menjelang PRN Sabah.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti membabitkan kehadiran hampir semua kepimpinan tertinggi parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat