Lagu tradisional Kepak Kepuk ciptaan bersama manusia dan AI jadi tular 

Putrajaya, 5 November — Sebuah lagu berjudul “Kepak Kepuk” rekayasa dari irama  lagu tradisional Melayu dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) menjadi tular dan menarik lebih 13,000 tontonan dalam tempoh 24 jam.

Ratusan komen dan perkongsian daripada warganet mencetuskan perbincangan baharu mengenai masa depan budaya dan teknologi.

Walaupun lagu ini dihasilkan dengan bantuan kecerdasan buatan, pendengar tidak menyangka ia mampu membawa rasa dan emosi seperti karya komposer manusia. Ramai netizen berkata lagu ini mengingatkan mereka kepada legasi muzik M. Nasir, Pak Ngah, dan sentuhan klasik filem Melayu lama.

Ada yang menulis, “Vibe M. Nasir + Pak Ngah, syahdu beb,” manakala yang lain menyifatkan, “Ini macam no.1 Carta Era. Tak sangka AI boleh buat lagu yang ada roh Melayu.”

Lebih menarik, ada pendengar yang menyatakan lagu ini lebih teratur dan berjiwa berbanding sesetengah lagu popular masa kini — “Lagi ni rasa lebih sedap dari lagu Dato’ Siti yang kumbang bunga tu,” kata seorang pengguna.

Walaupun nada pujian menguasai perbualan, ia turut membangkitkan persoalan penting: jika AI mampu menulis lagu tradisional seindah ini, apakah masa depan seni muzik Melayu dan peranan artis manusia?

Manun pencipta sebenar ‘Kepak Kepuk’ bukanlah AI sepenuhnya. Ia hasil kreativiti  Farid Zulkepli, seorang usahawan kreatif dan Naib Presiden CRESDO (Creative & Cultural Strategic Development Organisation).

Farid menggabungkan teknologi dan sentuhan manusia — melodi dan vokal dijana menggunakan Suno AI, namun lirik dan struktur bunyi lagu ‘Kepak Kepuk’ dicipta sendiri olehnya.

Tidak seperti lagu tradisional yang menggunakan bait puitis, Kepak Kepuk menampilkan lirik berasaskan bunyi-bunyian mulut (vocal percussion) yang meniru rentak alat muzik warisan. Antara frasa yang digunakan ialah:

“Kepak kepuk, dentam dentum, Keretang keretung, gedebang gedebung, gemerincing…”
Bunyi ini bukan sekadar ritma kosong — ia menyerupai hentakan kompang, rebana, marwas dan gendang, seakan suasana menyambut tetamu dalam majlis kenduri atau persembahan tradisional.

Apa yang lebih menarik, lagu ini memberi rasa seolah-olah muzik penyambut tetamu ke Malaysia — sesuai dimainkan ketika majlis, perayaan, malah ada yang mengatakan ia seperti lagu selamat datang untuk Visit Malaysia Year 2026.

Seorang netizen menulis:
“Bestnya! Very welcoming untuk orang yang nak datang Malaysia.”

Ada yang berseloroh tetapi serius:
“Harap suatu hari nanti ada anugerah juara lagu AI.”

Semua ini menggambarkan satu realiti baharu — bahawa teknologi bukan lagi sekadar alat, tetapi kini menjadi sebahagian daripada wacana budaya dan identiti negara.

Menurut Farid, “AI hanya bantu dari segi bunyi dan teknikal, tetapi lirik tetap saya cipta dengan Ilham yang Allah s.w.t kurnia & rasa fitrah manusia. Tradisi, emosi dan jiwa lagu Melayu — itu tidak boleh datang daripada mesin semata-mata.”

Justeru Farid dan CRESDO berhasrat membawa mengembangkan kegiatan ini melalui program  BudayaVerse 2025 – Malaysia’s Cultural-Tech Expo.

Program ini akan berlangsung pada 27–28 Disember 2025, jam 9.00 pagi – 6.00 petang
di Event Hall, Anjung Floria, Putrajaya.

BudayaVerse akan menghimpunkan Pameran Sinergi Teknologi Budaya – Pendigitalan Seni Budaya melalui teknologi Imersif seperti, VR, AR dan Smart Glass;  Sinergi Talk – Perbincangan panel mengenai AI dalam seni budaya, smart tourism, hak cipta digital & etika AI Kreatif; dan BizMatch Rentas Sektor – mempertemukan agensi seni budaya, startup teknologi, universiti, dan agensi kerajaan

BudayaVerse bukan acara hiburan semata-mata, tetapi platform wacana nasional — di mana soalan seperti “Patutkah wujud Anugerah Lagu AI?” dan “Bagaimana warisan Melayu hidup dalam dunia digital?” akan dibincangkan secara terbuka dan ilmiah.

Selain expo, BudayaVerse turut menjadi platform pencungkilan bakat baharu melalui Pertandingan Rekabentuk AI x Culture, yang kini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 30 November 2025.

Pertandingan ini membuka ruang kepada pelajar, pereka visual, animator, pereka industri dan penggiat budaya untuk menghasilkan idea kreatif menggunakan AI. Penyertaan boleh melalui laman web www.budayaverse.com

“Seni budaya tidak mati apabila ia berubah — ia mati bila kita berhenti mencipta,” kata Farid Zulkepli.

“Kalau dahulu alatnya kompang dan serunai, hari ini mungkin AI dan teknologi digital. UNESCO baru sahaja mengeluarkan Framework for Culture and Arts Education Implementation Guidance yang menekankan keseimbangan antara kreativiti, teknologi dan nilai kemanusiaan — dan saya percaya Malaysia juga harus bergerak ke arah itu. Selagi teknologi digunakan untuk memartabatkan seni, bukan menggantikannya, kita masih di jalan yang benar.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat