Lucu ada negeri gagal urus sampah tiba-tiba sembang kedaulatan ekonomi global, REE kekal bawah kuasa negeri – Mahfuz selar Kelantan

KUALA LUMPUR – Dalam isu Unsur Nadir Bumi (REE) tidak ada satu ayat pun dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia- Amerika Syarikat (AS) menyatakan menyerahkan hak negeri kepada mana-mana kuasa luar.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar memperbetul salah faham bahawa, REE kekal bawah kuasa negeri.

“Lucu juga bila kerajaan negeri yang masih gagal urus sampah, air dan banjir , tiba-tiba mahu bercerita tentang kedaulatan ekonomi global.

“Dalam isu REE, tak ada satu ayat pun yang menyerahkan hak negeri kepada mana-mana kuasa luar. REE kekal bawah kuasa negeri.

“Kalau nak lombong, lesen tetap kena keluar oleh kerajaan negeri. Persekutuan cuma kawal dasar keselamatan, eksport, dan standard Persekutuan, itu normal dalam mana-mana sistem federal.

“Mungkin sudah tiba masanya kerajaan negeri Kelantan lebih sibuk menyiapkan pelan industri sebenar daripada menulis skrip drama politik lama “kami dizalimi lagi”.

“Kelantan boleh mula siapkan dulu pelan industri Air tuak Kelantan.Industri yang dah lama di Kelantan,” selar Mahfuz.

Mengulas lanjut ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, Perjanjian Malaysia–Amerika Syarikat yang dibimbangkan itu bukan perjanjian jual REE kepada Amerika, tapi kerjasama pelaburan dan teknologi supaya Malaysia termasuk Kelantan boleh memproses dan jana nilai tambah dalam negara.

Jelas beliau, dasar ini selari dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan yang mahu REE diproses dalam negeri dan bukan digali serta dijual mentah.

“Maka, tiada percanggahan dasar antara pusat dan negeri ,yang berbeza hanyalah persepsi terhadap niat sebenar perjanjian tersebut.

“Hak negeri terhadap REE tidak terusik walau seinci, sebab ia dijamin oleh Perlembagaan. Yang menakut-nakutkan rakyat konon hasil negeri akan dirampas hanyalah cubaan menutup kelemahan sendiri. hasil ada, tapi pengurusan tiada,” bidas Mahfuz lagi.

Kata beliau lagi, Kerajaan Persekutuan hari ini bukan kerajaan 1970-an yang merampas hak negeri.

“Dasar kita jelas REE mesti diproses dalam negara, bukan dieksport mentah.

“Ironinya, dasar ini sama seperti yang kerajaan Kelantan dakwa mereka perjuangkan. Bezanya, pihak yang bekerja membangunkan industri, bukan sekadar berceramah mengenainya.

“Hakikatnya perjanjian Malaysia–Amerika tu bukan perjanjian jual negara. Ia perjanjian perdagangan dua hala — macam banyak lagi negara tandatangan. Tujuannya untuk buka pasaran, tarik pelaburan, dan kukuhkan keyakinan ekonomi,” ulas beliau.

Semalam, Kerajaan Kelantan mendesak Kerajaan Persekutuan membentangkan isi penuh perjanjian dagang antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Parlimen serta di Majlis Tanah Negara bagi memastikan ketelusan serta menghormati hak negeri-negeri pengeluar sumber.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan, berkata perjanjian yang ditandatangani semasa lawatan Presiden Donald Trump ke Kuala Lumpur itu menimbulkan kebimbangan besar, khususnya berkaitan sektor mineral kritikal seperti unsur nadir bumi (REE) yang menjadi sumber ekonomi utama negeri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat