Kanada Letak ASEAN Sebagai Tonggak Baharu Strategi Indo-Pasifik

KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney menamatkan lawatan rasminya ke Kuala Lumpur pada selasa dengan mengumumkan komitmen besar negaranya untuk memperkukuh hubungan perdagangan, tenaga dan keselamatan siber dengan ASEAN, menjadikan blok serantau itu sebagai tumpuan utama dasar ekonomi baharu Kanada di Indo-Pasifik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Kanada, Carney menegaskan bahawa dunia kini semakin berpecah dan berbahaya, dan negara itu perlu mengubah strateginya untuk mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran utama.

“Dunia berubah dengan pantas dan Kanada mesti berani menyesuaikan diri. Ini masa untuk bertindak besar dan bertaruh kepada keupayaan rakyat Kanada,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan baharunya kini sedang melaksanakan misi untuk menggandakan eksport bukan ke Amerika Syarikat dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menjadikan ekonomi Kanada lebih kukuh dan tahan terhadap kejutan global.

Rundingan FTA Dipercepat, ASEAN Diiktiraf Rakan Strategik

Carney mengumumkan bahawa rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN–Kanada (FTA) akan dipercepat bagi membuka pasaran baharu dan peluang pelaburan di rantau Indo-Pasifik.

Kanada turut memperuntukkan AS$25 juta sebagai bantuan teknikal kepada negara-negara ASEAN untuk mempercepat pelaksanaan perjanjian tersebut, yang dijangka siap pada tahun 2026.

Menurut kenyataan itu, FTA ini dijangka menambah AS$1.5 bilion kepada ekonomi Kanada, serta membuka akses kepada lebih 700 juta pengguna ASEAN dan pasaran bernilai AS$5 trilion.

Kerjasama Tenaga dan Keselamatan Siber Serantau

Kanada juga menekankan kerjasama jangka panjang dalam tenaga dan keselamatan serantau.
Pada sidang tersebut, Carney mengesahkan Letter of Intentantara Kanada dan Malaysia untuk memperkukuh pelaburan dalam sektor gas asli cecair (LNG), minyak, nuklear dan tenaga boleh diperbaharui.

Selain itu, kerajaan Kanada mengumumkan peruntukan AS$226,000 untuk memperluas Pusat Kecemerlangan Siber BlackBerry di Kuala Lumpur sebagai hab antarabangsa bagi keselamatan siber dan inovasi digital di bawah kerangka kerjasama ASEAN.

Langkah ini sejajar dengan agenda keselamatan digital ASEAN melalui pelaksanaan ASEAN Cybersecurity Cooperation Strategy 2025–2030.

ASEAN: Rakan Dagang Keempat Terbesar Kanada

Blok ASEAN kini menjadi rakan perdagangan keempat terbesar Kanada, dengan nilai dagangan dua hala mencecah AS$42.3 bilion pada 2024.
ASEAN diiktiraf sebagai pasaran strategik yang sedang berkembang pesat dan memainkan peranan penting dalam usaha Kanada mengukuhkan kehadirannya di Indo-Pasifik.

“Sekarang bukan masa untuk berhati-hati, kerana nasib lebih menyebelahi mereka yang berani. Ini masa untuk kita bertindak dan menang,” kata Carney, menutup sidang dengan mesej optimis terhadap masa depan kerjasama ASEAN–Kanada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat