KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mulai nazak.
Beliau menegaskan bahawa PN kini sedang dilanda masalah besar.
“Saya sudah beritahu hari tu, PN sedang bermasalah besar.
“Jika tidak dipulihkan segera, PN mulai nazak,” catat beliau di Facebook.
Sebelum ini pada 18 Sept Zuhdi pernah memuat naik status, dalam tempoh 10 tahun, Pas telah membentuk tiga gabungan politik iaitu Gagasan, Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Dua telah berkubur, satu sudah mulai tenat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika krisis dalaman Bersatu kian memuncak ibarat retak menanti belah apabila muncul desakan undur Tan Sri Muhyiddin dan perubahan pimpinan PN negeri.



