KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh berkongsi foto bersukan bersama pendahulunya Khairy Jamaluddin dengan menegaskan Umno bukan setakat tidak menghalang mana-mana ahli untuk berjumpa dengan ahli parti yang digantung atau dibuang.
Tetapi kata Adun Merlimau itu lagi, Umno tidak juga menghalang untuk bersukan bersama.
“Politik jangan memisahkan,tetapi perlu menyatukan,”ujar Exco Melaka itu.
Dalam ruang komen, gambar yang dikongsi Dr Akmal bersama KJ itu mendapat reaksi positif daripada warganet antaranya, “politik Malaysia perlukan nafas baru dengan memberikan peluang kepada orang muda untuk memimpin . Yang lama boleh jadi penasihat, terbaik YB dan KJ.
Selain itu ada komen yang berkata, “Pemuda Umno bukan sekadar pewaris perjuangan tetapi benteng hadapan yang terus mara tanpa gentar!”; ” “kalau dua-dua ini bergabung lagi mantap”; tenaga dan idea muda perlu disatukan…Umno baru”; “mantap gabungan ini; “boleh gegarkan politik Malaysia”.



