MP Kota Melaka ‘kacau’ Muhyiddin bahas bangkit isu menantu diburu SPRM hidup mewah

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini tegang seketika apabila isu membabitkan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan hidup mewah di Asia Barat dibangkitkan seorang Ahli Parlimen.

Ketegangan bermula selepas Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 sedang dibahaskan Muhyiddin, memberitahu beliau ingin membangkitkan isu kemiskinan rakyat.

“Ada yang hidup mewah, lari ke luar negara, main golf dekat Asia Barat, main golf dekat sana. Didakwa rasuah, anak menantu Pagoh” katanya merujuk kawasan Parlimen diwakili bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen DAP itu memetik laporan berita mendakwa ahli perniagaan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri lebih dua tahun lalu kini dipercayai menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.

Tindakannya membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lalu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau mengarahkan Poay Tiong duduk kerana tidak diberikan laluan oleh Muhyiddin.

“Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk. Amaran pertama,” tegas Alice sebelum membenarkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu meneruskan perbahasannya lapor BH pada Khamis.

Adlan dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.

Beberapa gambar yang dikongsi kepada New Straits Times menunjukkan lelakiitu bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat, malah dalam salah satu gambar terbabit, kelihatan potret seorang pemimpin negara berkenaan.

Sumber memberitahu, Adlan kerap keluar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara, termasuk ke Thailand bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat