Semua tawanan Israel dah dibebas tapi perang nak mula balik, apa strategi Hamas? – Nadir Al-Nuri

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman akui bimbang namun masih meletakkan kepercayaan kepada strategi taktikal Hamas.

Kebimbangan Nadir itu susulan langkah Hamas yang membebaskan semua tawanan Israel namun bunga-bunga perang seperti bakal meletus lagi.

“Susah nak baca apa strategi Hamas kali ini.

“Tawanan Israel semua dah lepas, tapi perang macam nak mula balik.

“Apa pun letakkan kepercayaan kepada mereka yang ada di lapangan,” katanya.

Terdahulu, rakyat Palestin di Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa mereka tidak melihat sebarang perubahan sebenar dalam kehidupan mereka sejak gencatan senjata, kerana Israel terus melakukan serangan sporadik dan terus menyekat bantuan.

Jenazah dua lagi tebusan Israel, seorang askar dan seorang awam, dipulangkan ke Israel lewat malam tadi oleh Hamas dan dikenal pasti secara positif oleh kerajaan Israel.

Duta Amerika Syarikat, Steve Witkoff berkata gencatan senjata di Gaza “melebihi” jangkaan walaupun serangan Israel di seluruh wilayah Palestin, dengan 13 mayat diterima oleh hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Perang Israel di Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 68,229 orang dan mencederakan 170,369 orang sejak Oktober 2023. Seramai 1,139 orang terbunuh di Israel semasa serangan pada 7 Oktober 2023 dan kira-kira 200 orang ditawan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat