Kasihan kerajaan Anwar apabila diugut menteri, parti dari Sabah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mengingatkan bahawa ugutan politik adalah amala tidak sihat dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kata Hassan, beliau kasihan kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ada parti dan ada menteri kerajaan pusat dari Sabah ugut Kerajaan Persekutuan.

“Ugutan politik itu berbunyi : “Jika Jabatan Peguam Negara (AGC ) buat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengiktiraf hak perlembagaan Sabah berkaitan pembayaran 40 peratus hasil Sabah maka menteri dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan dari Sabah itu akan letak jawatan.

“Pada pandangan saya.Ugutan politik seperti ini tidak sihat. Ini political ransom namanya.Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” tegas Hassan yang juga pengamal undang-undang.

Ujar beliau, dalam belanjawan Persekutuan bagi tahun 2026 Sabah dapat peruntukan yang tinggi berbanding Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah, malah mengatasi semua negeri-negeri di Semenanjung.

“Mahkamah telah beri kebenaran untuk pemohon memfailkan semakan kehakiman.Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah buat keputusan.

“Maka berikan hak kepada AGC buat semakan ke atas alasan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu. Perjalanan proses undang-undang tidak boleh dihalang.Berilah peluang kepada AGC menjalankan tugasnya jika kita menghayati prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

“Mengapa perlu diugut yang memberi kata dua kepada Kerajaan Persekutuan. Jika keputusan kes di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu dirayu maka Menteri dari Sabah akan letak jawatan.

“Mengapa perlu ganggu fungsi mahkamah.Perlu difahami bahawa sesuatu kes yang bermula di Mahkamah Tinggi boleh dirayu hingga ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan,” bidas beliau.

Kata Hassan, jika alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu kuat dari segi fakta dan undang-undang tentu sahaja Mahkamah Rayuan akan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.

“Begitulah juga jika kes itu dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu oleh seorang Hakim perlu melalui ujian dan semakan oleh hakim Hakim yang lebih kanan di Mahkamah Rayuan Malaysia dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

“Lagi pun ini isu undang-undang perlembagaan yang melibatkan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Tempat untuk diputuskan secara muktamad isu-isu keperlembagaan terletak di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bukannya di Mahkamah Tinggi Borneo di Kota Kinabalu.

“Malaysia sebuah negara Persekutuan akan pecah jika politik ugutan digunakan untuk melemahkan Kerajaan Persekutuan.Biarlah proses undang-undang berjalan sepenuhnya secara tertib dari Mahkamah Tinggi hinggalah ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat