Masyarkat India terima manfaat inisiatif RM42.25 juta daripada Kerajaan Madani – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah menyalurkan beberapa inisiatif untuk masyarakat India bernilai RM42.25 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara inisiatif tersebut ialah program tuisyen percuma, pemberian komputer riba melalui inisiatif Peranti Siswa, serta penyelenggaraan dan pembaikan sekolah di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

“Usai program rasmi semalam, saya singgah di Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan masyarakat Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

“Sejurus tiba, saya berkesempatan menikmati minum petang bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

“Dalam pertemuan itu, saya turut berkongsi beberapa inisiatif baharu bernilai RM42.25 juta untuk manfaat masyarakat India, antaranya program tuisyen percuma, pemberian komputer riba melalui inisiatif Peranti Siswa, serta penyelenggaraan dan pembaikan sekolah di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

“Saya juga meninjau beberapa kedai dan gerai jualan di tapak bazar Little India, Brickfields, sambil menyapa para peniaga dan masyarakat India termasuk bertanyakan mengenai persiapan mereka menjelang perayaan.

“Semoga sambutan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan,” ujar Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat