Bersatu Kelantan terima dengan hati terbuka keputusan Wan Ahmad Fayhsal digantung

Bersatu Kelantan terima dengan hati terbuka keputusan Wan Ahmad Fayhsal digantung

KUALA LUMPUR – Bersatu Kelantan menerima keputusan parti menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan hati terbuka.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Disiplin Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang berperanan seperti sebuah ‘mahkamah’ dalam struktur dalaman parti.

“Lembaga Disiplin membuat keputusan terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti dan saya percaya ia dilakukan secara adil dan mengikut prosedur.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.

“Bagi kami di Bersatu Kelantan, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka,” lapor BH di Kota Bharu.

Terdahulu Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama satu penggal Wan Ahmad Fayhsal berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu sebelum ini.

Kedudukan Wan Saiful dan Ahmad Fayhsal sebagai Ahli Parlimen bagaimanapun tidak terjejas memandangkan pemecatan keahlian dalam mana-mana parti tidak tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya undang-undang bertukar parti.

Dalam satu kenyataan hari ini, lembaga disiplin itu memaklumkan tindakan pemecatan keahlian turut dikenakan ke atas empat lagi ketua bahagian parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat