Prabowo Subianto Dijangka Tiba di Israel, Lawatan Bersejarah Pertama Presiden Indonesia

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dijangka tiba di Israel esok dalam satu lawatan rasmi yang dianggap bersejarah kerana menjadi kunjungan pertama oleh seorang presiden Indonesia ke negara tersebut, menurut sumber diplomatik antarabangsa seperti dilaporkan The Times of Israel.

Lawatan ini dikatakan sebagai sebahagian daripada usaha diplomasi baharu Jakarta dalam menangani konflik berpanjangan antara Israel dan Palestin. Namun, langkah itu juga dijangka mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Indonesia yang selama ini lantang menyokong perjuangan Palestin.

Indonesia sehingga kini tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel. Namun, dalam ucapan terbarunya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prabowo memberi isyarat bahawa Indonesia sedia mengiktiraf Israel jika negara itu terlebih dahulu mengiktiraf kemerdekaan Palestin.

“Peace can only be achieved if both sides have mutual recognition and respect,” katanya ketika berucap di New York bulan lalu.

Penganalisis politik serantau melihat lawatan ini sebagai langkah berani dan berisiko, yang mungkin menandakan perubahan besar dalam dasar luar Indonesia. Sesetengah pihak percaya kunjungan ini boleh membuka jalan kepada normalisasi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Namun, ramai juga berpendapat langkah tersebut perlu dilihat dengan berhati-hati bagi mengelak persepsi bahawa Jakarta mengabaikan prinsip solidariti terhadap rakyat Palestin.

Sumber rasmi Indonesia setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung lawatan tersebut, tetapi laporan antarabangsa menjangkakan Prabowo akan tiba di Tel Aviv esok untuk siri pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Israel.

Lawatan ini dijangka menjadi peristiwa diplomatik paling signifikan dalam sejarah hubungan Indonesia–Israel, dengan potensi besar mengubah landskap politik serantau dan dunia Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat