Disindir konon bantuan GSF tak sampai, tapi misi itu buka mata dunia masih ada manusia menolak kezaliman

KUALA LUMPUR – Walaupun ada suara-suara sinis yang memerli kononnya bantuan dihantar Global Sumud Flotilla (GSF) itu tidak sampai namun, mereka lupa yang tujuan perjalanan itu bukan sekadar menghantar barangan, tetapi menyampaikan mesej.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, perjalanan misi konvoi GSF itu membuktikan bahawa dunia belum buta, bahawa masih ada manusia yang menolak untuk diam disaat berlakunya kezaliman.

“Tak semua keberanian perlu dilaung, ada yang hanya terasa bila mendengar kisahnya. Malam tadi di Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya mendengar sendiri kisah para sukarelawan Global Sumud Flotilla yang baru pulang ke tanah air semalam.

“Saya salute dengan keberanian mereka. Mendengar sendiri kisah yang mereka lalui, dari saat ditangkap hingga berhadapan dengan tentera rejim Zionis, namun tetap teguh, tidak berundur walau seinci,” puji Saifuddin.

Dalam masa yang sama katanya, doa kita mengiringi gelombang ketiga flotilla yang kini sedang berlayar ke Gaza. Moga Allah lindungi setiap mereka di lautan itu.

“Dan kita di sini, jangan hanya jadi penonton kita harus jadi penyambung suara, penyambung doa, penyambung semangat.

“Kerana perjuangan Palestin bukan milik mereka semata, ia milik kita semua,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat