Sukarelawan papar ‘war ship coming’ kini Marinette disekat Israel selepas masuk zon merah 2

KUALA LUMPUR – Kapal terakhir dalam misi Flotila Global Sumud (GSF), Marinette telah disekat oleh tentera Israel selepas memasuki zon merah 2.

Perkara itu berdasarkan paparan skrin di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), di Sepang yang boleh dijejaki melalui laman web penjejak (tracker) Sumud Nusantara Flotilla Tracker – Real-time Vessel Tracking yang menunjukkan tentera Israel lengkap bersenjata menaiki kapal tersebut sekitar pukul 3.30 petang waktu tempatan.

Sebelum rakaman visual di skrin berkenaan terputus, kelihatan seorang sukarelawan memegang sekeping kertas yang tertulis ‘war ship coming’.

Tiada wakil sukarelawan Malaysia berada dalam Marinette kapal asal Barcelona itu ketika kejadian kerana kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi flotila itu telah ditahan lebih awal dalam insiden terdahulu.

Marinette merupakan kapal terakhir yang masih belayar menuju Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan di bawah inisiatif GSF, lapor Utusan di Sepang.

Terdahulu, media melaporkan di sebalik tindakan tegas Israel memintas lebih 40 kapal dalam flotila bantuan ke Gaza, sebuah kapal bernama Marinette dilaporkan masih meneruskan pelayaran menuju ke Semenanjung Gaza.

Menurut data penjejakan dan siaran langsung dari flotila Global Sumud, Marinette yang menghadapi masalah mekanikal sebelum ini telah ketinggalan di belakang kumpulan utama armada.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat