PUO menang bergaya, raih naib juara Kejohanan Kabaddi KAMU 2025

Oleh Zihan Zari

IPOH – Pasukan Kabaddi Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar kejayaan dan mengharumkan nama institusi itu dengan meraih tempat kedua dalam Kejohanan Kabaddi sempena Karnival Anak Muda (KAMU) Peringkat Negeri Perak 2025 di Padang Jabatan Belia dan Sukan, dekat sini baru-baru ini.

Walaupun diberikan tentangan sengit, namun pasukan PUO tetap fokus memberikan yang terbaik, menyaksikan kehebatan mereka begitu menonjol.

PUO dalam kenyataan berkata, walaupun sasaran utama adalah tempat pertama namun pasukan Kabaddi PUO berpuas hati dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan, mereka tidak mengalah dan terus bangkit memenangi tempat kedua.

“Mereka gembira kerana tidak pulang dengan tangan kosong, syabas buat barisan pemain, jurulatih dan penyokong yang memberi komitmen padu. Semoga terus melakar kejayaan dalam kejohanan akan datang, ”kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Kabaddi adalah sukan yang menggunakan kepantasan, fizikal dan keagresifan, dikaitkan dengan sukan tradisional tertua yang berasal dari India, dan dipercayai berusia lebih 4,000 tahun.

Ia pertama kali diperkenalkan di pentas antarabangsa sebagai Sukan Pameran di Olimpik Berlin, Jerman pada 1936 dan diperkenalkan semula kepada khalayak ramai pada 1951 sebelum dipertandingkan secara rasmi pada 1982.

Dalam Sukan Asia 2023 edisi ke-19 di Hangzhou, China menyaksikan Kabaddi tersenarai dalam kejohanan utama.

Sukan ini telah diberi pengiktirafan rasmi dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dan akan disenaraikan sebagai sukan pingat di SUKMA XXII Selangor 2026. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat