“Anwar jangan beri layanan berlebihan, tak perlu tutup jalan sambut Trump” – Puad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan agar tidak memberi layanan berlebihan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang dilabel ‘super angkuh’ apabila datang ke Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Peringatan itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi sekali gus mencadangkan agar jalan di ibu kota tidak ditutup semata-mata menyambut kehadiran Trump.

“Tidak wajar Malaysia beri layanan berlebihan apabila Trump datang ke Malaysia. Dia patut dilayan macam pemimpin negara lain.

“Konsep “Super Power” dan “Make America Great Again” sudah lapuk. Super power Amerika ialah senjata nuklear dan kuasa veto sesuka hati. Tetapi Super power China ialah ilmu, modenisasi dan teknologi tinggi.

“Jangan kerana Trump, trafik tutup penuh berjam jam sehingga urusan rakyat tergendala. Iringi VVIP macam Trump seperti polis mengiringi kereta PM dan menteri. Tidak perlu tutup jalan,” seru Puad.

Menurut Speaker DUN Johor itu lagi, Trump sendiri tidak menghormati Presiden Perancis Emmanuel Macron.

“Dia dihalang melintas jalan di New York untuk beri laluan konvoi Trump yang guna laluan sama. Trump marah kerana ucapan Mcron di PBB membela Palestin. Itulah super power angkuh.

“Tetapi Macron lebih bijak. Sambil berjalan kaki dia menegur rakyat dan memeluk mereka. Menurut Macron, “kuasa rakyat lebih besar dari kuasa Trump. Dia dimalukan oleh Macron,” kata Puad.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengesahkan kehadiran ke Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober.

Jemputan rasmi kepada Trump disampaikan melalui Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang turut membincangkan kerjasama dalam pelaburan digital, kecerdasan buatan, pertahanan, pendidikan dan isu serantau seperti Palestin, Ukraine dan Myanmar.

Anwar menegaskan hubungan erat dengan Amerika Syarikat penting bagi memperkukuh kestabilan dan kemakmuran rantau Indo-Pasifik.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat