Menteri Agama arah laksana Solat Hajat doakan keselamatan kapal misi Global Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyelaras pelaksanaan Solat Hajat selepas Solat Jumaat pada 26 September 2025 di semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan.

Beliau memaklumkan, pelaksanaan Solat Hajat berkenaan sebagai solidariti serta memohon pertolongan daripada Allah SWT agar keselamatan para sukarelawan dan kelancaran misi ini sentiasa dipelihara.

“Seperti yang dimaklumkan, media berkaitan perkembangan terkini yang kita terima amat membimbangkan. Kapal-kapal Misi Global Sumud Flotilla dilaporkan menghadapi pelbagai gangguan dan ancaman ketika semakin hampir dengan zon kritikal. Ini termasuk letupan, kehadiran dron tidak dikenali, dan gangguan komunikasi.

“Marilah kita bersama-sama menadahkan tangan ke hadrat Allah SWT agar misi kemanusiaan ini dipermudahkan, para sukarelawan diberikan perlindungan dan kekuatan, serta doa kita menjadi sumber kekuatan kepada rakyat Palestin yang terus berjuang mempertahankan tanah air mereka.

“Semoga Malaysia sentiasa diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha kemanusiaan sejagat dan doa kita menjadi asbab kejayaan misi ini,” ujar Na’im.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat