“Era BN perintah Sabah tiada masalah air, elektrik, beri kami peluang sekali lagi” – MKT Umno

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu bekalan air dan elektrik di Sabah sekiranya diberikan mandat mentadbir sekali lagi oleh rakyat Negeri di Bawah Bayu itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Razlan Muhammad Rafii menyatakan, sewaktu era pentadbiran BN sebelum ini isu air dan elektrik tidak timbul.

Namun katanya, apabila tampuk pemerintahan negeri bertukar tangan penyelenggaraan keperluan asas tersebut tidak dilaksanakan maka masalah sama kembali membelenggu rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah dah rasa pemerintahan Warisan, GRS… jadi adakah nak kembali kepada BN?

“Kalau kita tak boleh pun teraju kerajaan Sabah dengan majoriti mudah, sekurang-kurangnya kita nak jadi Ketua Menteri (Sabah) dan orang-orang kita pun nak jadi sebahagian daripada kerajaan.

“Jika rakyat Sabah nak hidup dengan air dan elektriknya, anda pilihlah BN. Dulu kita perintah tak ada masalah itu, tapi bila tukar tangan mereka tak buat maintanance (selenggara). Oleh itu, kena bandingkan.

“Percaya semula kepada BN – apa yang kita buat hari ini adalah untuk mendapatkan semula sokongan, keyakinan kepada generasi kedua, ketiga di Sabah.

“Percayalah hanya BN sahaja boleh mentadbir negeri ini (Sabah) kerana dengan track record yang kita dah tunjukkan dahulu,” rayu Razlan dalam audio siar Jam Kesebelas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat