Semak kelayakan subsidi RON95 di portal rasmi

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh menyemak kelayakan untuk menikmati subsidi di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) melalui laman sesawang khas www.budimadani.gov.my.

Inisiatif Kementerian Kewangan (MOF) itu membolehkan rakyat menyemak profil serta baki penggunaan kelayakan bulanan mereka.

Pemandu e-hailing juga boleh memohon tambahan had kelayakan di portal berkenaan.

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan 1300-88-9595 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BUDI Madani.

Menerusi BUDI95, harga RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter dan dinikmati semua warganegara berusia 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah, dengan pengesahan menggunakan MyKad.

Anggota tentera dan polis akan menerima manfaat itu lebih awal bermula Sabtu ini, diikuti 9 juta golongan B40 terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) keesokannya, sebelum inisiatif itu diperluaskan kepada pengguna lain pada 30 Sept nanti.

Kerajaan menjangkakan penjimatan RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun melalui pemansuhan subsidi pukal, yang akan disalurkan semula kepada bantuan bersasar seperti STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat