HONOR X9d 5G dilancar di Malaysia – Telefon pintar paling tahan lasak dengan harga bermula RM1,499

KUALA LUMPUR, 24 September 2025 – HONOR sekali lagi mencuri perhatian peminat teknologi di Malaysia dengan pelancaran rasmi HONOR X9d 5G, sebuah telefon pintar kelas pertengahan premium yang menekankan ketahanan, prestasi mantap dan inovasi canggih. Walaupun hadir dengan pelbagai penambahbaikan, harga peranti ini kekal sama seperti model sebelumnya, iaitu bermula RM1,499.

Sempena tempoh pra-tempahan yang bermula hari ini sehingga 9 Oktober 2025, HONOR menawarkan hadiah eksklusif bernilai RM1,146 kepada pembeli terawal. Pakej tersebut merangkumi sebuah tablet HONOR Pad X7 secara percuma serta tiga polisi perlindungan premium, iaitu perlindungan retak depan dan belakang selama setahun, jaminan lanjutan setahun dan perlindungan kerosakan cecair.

Tawaran ini boleh didapati di kedai rasmi HONOR termasuk HONOR Experience Store, laman sesawang rasmi HONOR Malaysia, serta platform e-dagang utama seperti Shopee, Lazada dan TikTok. Ia juga tersedia melalui pengedar sah seperti Seng Heng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman.

Ketahanan menjadi identiti utama siri X9, dan HONOR X9d 5G membawanya ke tahap yang lebih tinggi dengan sistem perlindungan tiga kali ganda. Skrin peranti ini dilengkapi Corning Gorilla Glass Victus 2 yang 31 peratus lebih kukuh, disertakan pula reka bentuk paparan rata untuk ketahanan lebih baik berbanding paparan melengkung.

Lebih menarik, HONOR memperkenalkan perlindungan dalaman menggunakan lapisan bendalir bukan-Newtonian gred aeroangkasa yang lembut ketika penggunaan biasa tetapi mengeras sebaik hentakan berlaku, memberikan penyerapan kejutan sehingga 300 peratus lebih baik. Inovasi ini diperkukuh dengan kerangka enam lapisan yang diinspirasikan daripada teknologi kalis peluru, menjadikannya lebih tahan lasak dari dalam ke luar.

Selain itu, HONOR X9d 5G menjadi peranti pertama dalam siri X yang memperoleh penarafan kalis air dan debu industri IP69K. Telefon pintar ini mampu bertahan dalam pelbagai keadaan ekstrem termasuk tenggelam di dalam air pada kedalaman enam meter, percikan suhu tinggi, malah pendedahan selama 30 hari pada kedalaman satu meter.

Teknologi tambahan seperti sistem saliran bergetar, AI Heavy Rain Touch dan AI Glove Touch memastikan peranti tetap berfungsi walaupun selepas terdedah kepada air atau ketika digunakan dalam keadaan basah. Ketahanan ini diiktiraf dengan pensijilan SGS Triple Resistance yang menjadikannya telefon pintar pertama di Malaysia menawarkan jaminan perlindungan kerosakan cecair selama setahun.

Dari segi prestasi, HONOR X9d 5G tampil dengan kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya iaitu 8,300mAh, membolehkan penggunaan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Walaupun baki bateri tinggal dua peratus, peranti ini masih mampu bertahan dalam mod sedia selama tujuh jam, atau digunakan untuk panggilan kecemasan serta pesanan WhatsApp melalui mod penjimatan kuasa Ultra MagicOS 9.0. Ia turut menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge serta pengecasan berbalik 7.5W yang membolehkannya berfungsi sebagai powerbank mudah alih untuk peranti lain.

Bagi mereka yang mengutamakan fotografi, HONOR X9d 5G hadir dengan kamera Ultra-Sensing 108MP yang dipadankan dengan penstabilan OIS dan EIS. Sistem pengimejan ini disokong oleh pelbagai alat kecerdasan buatan seperti AI Eraser, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale dan AI Remove Reflection. Semua ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan video lebih jelas, stabil dan kreatif, selain sokongan untuk kolaj foto bergerak 4K serta perkongsian pantas merentas platform melalui HONOR Connection.

Paparan peranti ini turut dipertingkat dengan skrin OLED bersaiz 6.79 inci beresolusi 1.5K. Ia menawarkan kecerahan maksimum 6,000 nits dengan pemalapan PWM 3,840Hz yang lancar, menjadikan pengalaman tontonan lebih jelas dan selesa walaupun dalam cahaya terang. Teknologi perlindungan mata seperti Paparan Malam Sirkadia, Paparan Nyahfokus AI dan pemalapan dinamik membantu mengurangkan keletihan mata ketika digunakan dalam jangka masa lama.

Nadi utama peranti ini ialah cipset Snapdragon 6 Gen 4 yang memberikan prestasi lebih lancar dan efisien berbanding generasi sebelumnya. Sistem operasi yang dioptimumkan membolehkan aplikasi dilancarkan dua kali lebih pantas dengan respons 71 peratus lebih baik dan operasi keseluruhan 90 peratus lebih lancar. Untuk memastikan kestabilan prestasi, HONOR turut melengkapkan peranti ini dengan sistem penyejukan VC Ice Cooling.

HONOR X9d 5G juga tampil dengan sistem audio baharu yang menggunakan dwi pembesar suara bass, meningkatkan volum sehingga 400 peratus berbanding model sebelumnya. Dalam aspek rangkaian pula, ia dilengkapi susun atur antena yang dioptimumkan dengan nisbah antena-ke-bingkai 93.2 peratus, memberikan sambungan lebih stabil dan pantas. Ciri tambahan seperti sokongan NFC segera pula memudahkan urusan harian termasuk menambah nilai kad Touch ‘n Go hanya dengan satu sentuhan.

Di Malaysia, HONOR X9d 5G ditawarkan dalam dua varian iaitu RAM 24GB (12GB RAM + 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada harga RM1,499 serta versi 512GB pada harga RM1,699. Ia hadir dengan empat pilihan warna iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Peranti ini akan mula dijual secara rasmi bermula 10 Oktober 2025 di seluruh negara.

Dengan gabungan ketahanan tiga kali ganda, kapasiti bateri gergasi, sistem kamera pintar berkuasa AI, serta paparan dan prestasi yang dipertingkat, HONOR X9d 5G dijangka menjadi salah satu pilihan paling menarik di pasaran telefon pintar Malaysia tahun ini. Tawaran pra-tempahan yang disertakan hadiah bernilai tinggi menambahkan lagi nilai peranti ini, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang mahukan kualiti premium tanpa perlu membayar harga flagship.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat