Apa salahnya Bersatu bagi Pas peluang terajui PN, Pas lebih layak bukannya tamak – Speaker DUN Terengganu

KUALA LUMPUR – Pas sebelum ini telah menerima kepimpinan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN), maka, apa salahnya kali ini Bersatu pula memberi ruang kepada Pas untuk menerajui gabungan?

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, sejak Pas menyuarakan hasrat untuk memimpin Perikatan Nasional (PN) pelbagai sindiran dan kritikan dilemparkan.

Ujarnya antara kecaman yang diterima Pas ialah – Pas dikatakan tidak tahu bersyukur, tamak, dituduh tidak menghormati rakan kerjasama, didakwa tidak boleh menang tanpa sokongan gabungan bahkan Pas dilabel sombong.

“Pagi ini nak tulis hantaran biasa-biasa saja, jangan marah atau sindir. Nak baca boleh, tak mahu baca pun boleh juga. Nak setuju boleh, enggan setuju juga boleh.

“Hakikatnya, Pas hanya menyatakan hasrat untuk memimpin PN demi memperkukuh gabungan. Tidak lebih daripada itu.

“Pas sebelum ini telah menerima kepimpinan Bersatu dalam PN. Maka, apa salahnya kali ini Bersatu pula memberi ruang kepada Pas untuk menerajui gabungan? Bukankah kerjasama itu sifatnya saling melengkapi?

“Tambahan pula, kemenangan Bersatu juga tidak boleh dipisahkan daripada pertolongan dan sokongan jitu PAS. Kita berjuang bersama, kita menang bersama,” kata Mohd Nor.

Tegas Adun Bukit Payong itu lagi, dari sudut kelayakan pemimpin Pas memiliki pengalaman dan kelayakan untuk memimpin negara.

“Kerusi Pas lebih banyak berbanding rakan gabungan.

“Keahlian Pas lebih besar, memberi kekuatan akar umbi yang luas.

“Maka, hasrat Pas ini bukanlah tamak, bukan sombong, tetapi satu langkah rasional dan berasaskan kekuatan semasa untuk memperkukuh PN serta memastikan kepimpinan negara lebih stabil dan berwibawa,” jelas Mohd Nor lagi.

Muktamar Tahunan Pas ke-71 semalam meluluskan lima usul sempena persidangan itu termasuk penegasan bahawa parti itu bukan sahaja layak tetapi wajib menerajui PN.

Resolusi tersebut diumumkan lulus oleh Pengerusi Tetap, Hussin Ismail selepas mendapat persetujuan semua perwakilan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat