Wi-Fi IPTA Tingkatkan Pengalaman Pembelajaran di Politeknik Seberang Perai

PERMATANG PAUH,– Usaha kerajaan memperluas ketercapaian digital di kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diterjemahkan melalui pelaksanaan projek Wi-Fi IPTA di Politeknik Seberang Perai yang telah siap dan beroperasi sejak 14 Julai lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang meninjau perkembangan projek hari ini berkata, inisiatif di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkukuh capaian Internet berkelajuan tinggi di seluruh IPTA.

“Penyediaan kemudahan rangkaian yang lebih stabil dan menyeluruh ini memberi manfaat besar kepada pelajar serta warga IPTA, sekali gus menyokong usaha Kerajaan MADANI memperluas ketercapaian digital untuk semua lapisan masyarakat,” katanya.

Menurut pihak pengurusan politeknik, capaian Internet yang lebih baik ini telah membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran digital, operasi pentadbiran, serta aktiviti penyelidikan di kampus berkenaan.

MCMC dalam pada itu akan terus memantau keberkesanan projek bagi memastikan kualiti perkhidmatan menepati keperluan semasa dan memberi impak maksimum kepada warga kampus.

Selain lawatan tersebut, Fahmi turut meluangkan masa bersama 70 pelajar yang menyertai Kempen Internet Selamat (KIS), termasuk peserta secara dalam talian. Program itu memberi penekanan kepada empat isu utama dalam keselamatan siber, iaitu penipuan dalam talian, buli siber, perkongsian maklumat peribadi berlebihan, serta penyebaran maklumat palsu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Dato’ Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat