PAS Abang Besar PN yang Rela Mengalah?

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang hanyalah ibarat “kocakan air dalam cawan”.

Namun, menurut pemerhati politik yang juga Bekas Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional Pulau Pinang, Azizi Safar, kenyataan itu boleh dilihat sebagai usaha Hadi untuk meredakan ketegangan dalam kalangan akar umbi PAS, selain cubaan “downplay” isu dalaman PN.

Beliau mengingatkan bahawa insiden memalukan Presiden Gerakan, Dominic Lau pada majlis pengumuman calon PN Pulau Pinang pada 2023 masih segar dalam ingatan ramai. Dominic dinafikan duduk di pentas utama meskipun majlis berlangsung di Markaz PAS Pulau Pinang.

Isu DUN Bayan Lepas turut membayangkan pengorbanan PAS. Walaupun kerusi majoriti Melayu itu lebih sesuai ditandingi PAS, ia akhirnya diberikan kepada Presiden Gerakan. Dominic tewas pada PRN 2023.

“Pada PRU15 lalu, PAS juga mengalah kepada PPBM di kerusi Parlimen Tasek Gelugor. Tradisinya, kerusi itu ditandingi PAS, tetapi atas persetujuan Hadi Awang ia diberikan kepada PPBM, walaupun ada bantahan akar umbi,” kata Azizi.

Beliau menegaskan, sikap Hadi yang kerap mengalah kepada parti sekutu terutama Bersatu dan Gerakan menimbulkan persoalan sama ada PAS benar-benar mahu terus jadi “abang besar” yang terlalu berlembut.

“Kalau kocakan air dalam cawan pun tidak ditangani dengan baik, tidak mustahil cawan itu sendiri boleh jatuh dan pecah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat