107 SJKT Sertai Karnival Kempen Internet Selamat

SHAH ALAM, – Sebanyak 107 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menyertai Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Karnival dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Guru Besar Tamil Malaysia itu dirasmikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching yang turut beramah mesra dengan peserta serta pengunjung.

MCMC berkata, penganjuran ini merupakan strategi bagi memastikan lebih banyak sekolah tidak terpinggir dalam program KIS, sekali gus meningkatkan kesedaran pelajar mengenai risiko di alam siber dan kepentingan penggunaan Internet yang bijak serta bertanggungjawab.

Antara pengisian program termasuk persembahan Koir KIS, persembahan kebudayaan sempena Hari Malaysia, pameran agensi rakan strategik seperti NADI, PDRM dan LPPKN Selangor, selain permainan interaktif bertema digital dan keselamatan siber.

Dalam acara itu, seramai 214 pelajar dilantik sebagai Ikon Kapten Keselamatan Dalam Talian (Kapten K-DAT) yang akan berperanan sebagai duta di sekolah masing-masing untuk menyebarkan mesej keselamatan siber.

Setakat 1 September lalu, 1,928 sekolah di seluruh negara telah mengikuti modul KIS, termasuk 144 sekolah di Selangor dan 76 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat