LONDON – Angela Rayner pada Jumaat mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan utama kerajaan termasuk timbalan perdana menteri serta setiausaha perumahan, selepas kontroversi berkaitan bayaran cukai sebuah pangsapuri yang dibelinya pada Mei.
Tekanan agar beliau berundur memuncak selepas pendedahan bahawa cukai duti setem ke atas kediaman bernilai £800,000 (AS$1.07 juta) di Hove, East Sussex, tidak dibayar sepenuhnya.
Rayner turut menyerahkan jawatan sebagai timbalan ketua Parti Buruh setelah mengakui kekurangan bayaran cukai tersebut.
Awal minggu ini, Rayner sendiri telah merujuk kes itu kepada penasihat etika Perdana Menteri, Keir Starmer, bagi memastikan siasatan bebas dijalankan.
Pada Rabu, beliau memberitahu Sky News bahawa nasihat undang-undang yang diperolehinya adalah tidak tepat sehingga membawa kepada bayaran duti setem lebih rendah daripada jumlah sebenar.



