vivo Malaysia memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga V-series, iaitu vivo V60, sebuah telefon pintar kelas pertengahan premium yang menekankan kehebatan fotografi potret. Pelancaran rasmi berlangsung di Pulau Pinang menerusi acara vivo V60 Superday, yang berjaya menarik perhatian ramai peminat teknologi dan pencinta fotografi.
Walaupun bukan telefon flagship, vivo V60 hadir dengan ciri pengimejan setaraf model kelas atas, hasil kerjasama rapat dengan ZEISS. Peranti ini membawa gabungan menarik antara harga mampu milik dan prestasi kamera profesional, sekali gus menetapkan standard baharu dalam segmen mid-range.
Salah satu tarikan utama vivo V60 ialah sistem kamera yang dibangunkan bersama ZEISS, jenama optik terkenal dunia. Kamera utamanya, 50MP ZEISS Super Telephoto, menggunakan sensor Sony IMX882 (1/1.953”) dengan bukaan besar f/2.65. Reka bentuk periskop membolehkan kemampuan zum sehingga 10x Telephoto Zoom Portrait tanpa mengorbankan ketebalan modul kamera.

Dengan teknologi ini, pengguna boleh merakam gambar close-up semasa konsert, acara keluarga atau majlis formal dengan hasil yang tetap jelas dan penuh perincian walaupun dari jauh. Ekspresi wajah, tekstur pakaian dan tona kulit dapat dipelihara, menjadikan setiap foto kelihatan hidup dan autentik.
Tambahan lagi, ZEISS Multifocal Portrait menawarkan lima panjang fokus ikonik, termasuk 85mm dan 100mm – dua jarak yang sering digunakan oleh jurufoto profesional untuk menghasilkan potret sinematik. Dipadankan dengan ZEISS Style Bokeh, vivo V60 memberi pengguna keupayaan untuk menghasilkan foto dengan latar belakang kabur yang artistik dan mendalam.
Menurut Mike Xu, CEO vivo Malaysia, visi di sebalik pembangunan vivo V60 adalah untuk “membawa kehebatan fotografi profesional ke dalam telefon pintar mid-range, agar lebih ramai pengguna dapat merakam momen istimewa dengan hasil berkualiti tinggi tanpa perlu membayar harga flagship.”

Acara vivo V60 Superday di Pulau Pinang turut diraikan dengan pelbagai promosi menarik sebagai penghargaan kepada peminat vivo.
-
20 pembeli terawal di lokasi acara menerima hadiah eksklusif:
-
10 pelanggan pertama mendapat kotak hadiah kolaborasi vivo V60 × POPMART Zsiga edisi terhad.
-
10 seterusnya membawa pulang bagasi rekaan khas vivo V60.
-
- Semua pelanggan yang membeli sepanjang acara layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM1,000, termasuk aksesori premium dan peranti pintar.
- Setiap pembelian vivo V60 dari tarikh pelancaran hingga 7 September turut menerima pek hadiah selepas jualan eksklusif bernilai sehingga RM1,000, selagi stok masih ada.
Menurut Mark Long, Pengurus Wilayah Utara vivo Malaysia, sambutan terhadap promosi ini amat menggalakkan. “Dengan harga di bawah RM2,000, vivo V60 ialah peluang terbaik untuk peminat fotografi yang mahu naik taraf tanpa perlu ke segmen flagship. Respon pelanggan di Pulau Pinang membuktikan bahawa ramai yang teruja dengan gabungan ciri premium dan harga berpatutan ini.”
Selain kelebihan kamera, vivo V60 turut memberi tumpuan kepada reka bentuk dan ketahanan. Badannya direka dengan struktur tahan jatuh, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian yang aktif. Bateri berkapasiti besar memastikan pengguna dapat merakam, menonton, atau bekerja sepanjang hari tanpa gangguan.
Dari segi estetik, vivo V60 hadir dalam tiga pilihan warna yang diinspirasikan oleh alam semula jadi:
- Berry Purple – pilihan segar dengan sentuhan moden.
- Summer Blue – menampilkan gaya ceria dan ringan.
- Misty Grey – elegan dan minimalis untuk mereka yang gemar gaya ringkas.
Rekaannya bukan sahaja cantik, tetapi juga praktikal untuk pengguna yang mahukan keseimbangan antara gaya dan fungsi.
Mulai hari ini, vivo V60 boleh didapati di seluruh Malaysia dengan pilihan varian berikut:
- RM1,999 – 12GB RAM + 256GB storan
- RM2,299 – 12GB RAM + 512GB storan
- RM1,899 – 8GB RAM + 256GB storan (eksklusif dalam talian)

Dengan penetapan harga ini, vivo V60 berada dalam kategori pertengahan premium, tetapi menawarkan ciri pengimejan yang mampu menyaingi peranti kelas atas.
Pelancaran vivo V60 membuktikan bahawa inovasi fotografi mudah alih tidak lagi eksklusif kepada telefon flagship. Dengan kamera ZEISS, rekaan bergaya, serta harga yang kompetitif, vivo V60 mengisi ruang penting dalam pasaran –untuk pengguna yang mahukan prestasi kamera premium tanpa perlu membelanjakan lebih dari RM2,000.
Acara Superday di Pulau Pinang menjadi titik permulaan bagi perjalanan vivo V60 di Malaysia, dan dengan sambutan hangat yang diterima, peranti ini dijangka mendapat perhatian besar di kalangan pencinta fotografi serta pengguna yang mencari telefon pintar mid-range premium dengan nilai tinggi.



