AGC akan fail rayuan keputusan lepas, bebas Papagomo tanpa dipanggil bela diri

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo.

Ini susulan dia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu atas satu pertuduhan menyebut kata-kata menghasut antaranya mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat dua tahun lalu. tersebut dalam masa terdekat.

“Jabatan Peguam Negara merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 September 2025 yang telah melepaskan dan membebaskan tertuduh, Wan Muhammad Azri bi”Wan Deris tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan, bagi pertuduhan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 [Akta 15].

“Setelah mempertimbangkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tersebut, Jabatan ini akan menfailkan Notis Rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut dalam masa terdekat.

“Seksyen 4(1)(b) Akta 15 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3ntahun atau kedua-duanya sekali,” kata AGC dalam kenyataan.

Terdahulu Hakim, Siti Aminah Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap Wan Muhammad Azri, 42.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat