Polis Terima Tiga Laporan Berkait Himpunan Solidariti ‘Justice For Zara’ Tawau

CYBERJAYA – Polis Tawau mengesahkan pihaknya menerima tiga laporan berkaitan Himpunan Solidariti Justice for Zara yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata laporan berkenaan dibuat susulan dakwaan terhadap seorang individu yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan melibatkan Yang Dipertua Negeri Sabah.

“Kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah dibuka. Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di Tawau semalam.

Beliau menjelaskan bahawa pihak polis kini sedang mengesan seorang wanita bersama beberapa saksi lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan tersebut.

“Siasatan akan dijalankan secara telus dan mengikut prosedur biasa, kita mahu ambil keterangan,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip video yang memaparkan ucapan serta laungan berunsur hasutan yang dipercayai berlaku ketika perhimpunan itu.

Menurut laporan Bernama, siasatan masih berjalan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat