Jam Richard Mille milik Ahmad Sahroni dipulangkan penduduk

JAKARTA – Jam tangan mewah jenama Richard Mille milik Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Ahmad Sahroni, yang bernilai jutaan rupiah akhirnya dipulangkan oleh penduduk selepas mereka merompak kediamannya di Tanjung Priok, Jakarta Utara, Sabtu lalu.

Pemulangan jam tangan itu dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram @warungjurnalis.

Dalam rakaman itu, seorang wanita yang didakwa ibu kepada anak yang mengambil jam berkenaan mengakui dia sendiri menyuruh anaknya mengembalikannya kerana bukan hak mereka.

“Saya sudah beritahu kepada dia, ‘nak, ini jam bukan hak kita.’ Bapaknya juga sudah beritahu, jadi kita pulangkan ya. Tadi sudah bertemu dengan RT (ketua kampung) dan RW (Jawatankuasa Komuniti),” katanya dalam video itu, lapor media.

Jam tangan mewah itu dianggarkan bernilai sekitar Rp11.7 bilion (RM3.4 juta).

Insiden rompakan itu berlaku ketika kediaman Ahmad Sahroni diceroboh orang awam pada Sabtu lalu, yang menyaksikan sejumlah barang dirosakkan selain dibawa lari.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Metro Jakarta Utara, Kompol Onkoseno Grandiarso Sukahar, mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Benar, kami sedang lakukan penyiasatan (dan)… belum ada yang ditahan,” katanya.

Sebelum ini, rumah Ahmad Sahroni menjadi sasaran kemarahan orang ramai susulan kenyataannya yang menyifatkan warga yang mahu membubarkan DPR RI sebagai “orang paling tolol sedunia.”

Beliau juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan menghina terhadap peserta demonstrasi bawah umur dengan panggilan “brengsek” (tidak berguna).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat