KUALA LUMPUR – BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brentnya kepada purata USD68 setong pada 2025 dan USD67 setong pada 2026, turun daripada USD80 setong pada 2024.
BMI menerusi notanya berkata, penanda aras global minyak mentah Brent mencatatkan prestasi buruk pada Ogos, dengan kontrak bulan hadapan merosot 9.0peratus daripada nilainya pada bulan itu sehingga kini, apabila tumpuan pelabur tertumpu kepada jangkaan lebihan bekalan.
“Penurunan harga itu sejajar dengan unjuran prestasi harga yang lebih lemah pada separuh kedua 2025, yang berterusan ke tahun baharu.
“2025 merupakan tahun yang mencabar bagi sektor tenaga, dengan minyak, gas asli (tidak termasuk saluran paip gas asli Henry Hub di AS), dan arang batu merupakan antara yang mencatatkan prestasi buruk setakat ini pada tahun ini,” katanya.
Saluran paip Henry Hub adalah harga rujukan bagi niaga hadapan gas asli di New York Mercantile Exchange.
BMI berkata, kadar tarif efektif yang lebih tinggi dan ketidaktentuan ekonomi mempengaruhi prospek ekonomi global, dengan ahli ekonomi BMI mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar hanya 2.3peratus pada 2025 dan 2.4peratus bagi 2026.
“Sejak Januari, unjuran kami diturunkan daripada 1.4peratus kepada 0.7peratus bagi 2025, dan unjuran ini seiring dengan badan-badan utama seperti Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), yang baru-baru ini turut mengurangkan prospek pertumbuhannya kepada 0.7peratus,” katanya, lapor Bernama.
BMI berkata, walaupun lebihan bekalan telah dijangkakan, namun perkembangan perdagangan dan peralihan dasar luar di bawah Presiden AS Donald Trump telah mengalih perhatian pelabur.
Bagaimanapun, ia berpendapat dengan pasaran dijangka beralih kepada lebihan pada suku akan datang, tumpuan akan beralih semula kepada asas pasaran, dan peralihan strategi OPEC+, pertumbuhan kukuh pengeluaran bukan OPEC+, dan risiko berkaitan sekatan dan tarif.



