KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng mengingatkan Ogos sebagai bulan sambutan kemerdekaan yang wajar dihayati makna sebenar di sebalik kebebasan yang dikecapi.
Ahli Parlimen Bagain itu berkata, hari ini, kita bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi kita menghayati makna sebenar kemerdekaan menikmati nikmat pembangunan, keamanan dan perpaduan yang menyatukan kita semua.
“Bulan Ogos sentiasa istimewa kerana inilah bulan kita menyambut kemerdekaan tanah air tercinta.
“Kemerdekaan inilah yang memberi kita kebebasan, kemakmuran, dan maruah sebagai rakyat Malaysia yang merdeka,” kata pemimpin DAP itu.
Beliau amat berbesar hati merasmikan Konvoi Sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025 peringkat Parlimen Bagan.
“Terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang bersama-sama menjayakan program ini. Lebih meriah lagi, kita adakan Jualan Rahmah Istimewa sempena Hari Kebangsaan.
“Ayuh kita semarakkan semangat patriotik, kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga,” ujarnya.



