Akmal minta ‘tolong’ Fahmi atau DAP betulkan bendera terbalik

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh ‘meminta bantuan’ Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ataupun mana-mana pimpinan DAP membetulkan bendera Malaysia yang dipasang terbalik di sebuah restoran.

Tegas Akmal, selagi tidak berkeras dan tiada hukuman kepada golongan yang kurang ajar ini, selagi itulah bendera ini tidak akan dihormati.

“Minta tolong beritahu pak menteri atau DAP untuk turun dan betulkan sendiri bendera ini.

“Nanti kalau rakyat yang betulkan,kena dakwa pula. Kalau pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi hukuman,nanti ada golongan yang tidak berpuas hati pula minta tarik hukuman.

“Selagi tidak berkeras dan tiada hukuman kepada golongan yang kurang ajar ini,selagi itulah bendera ini tidak akan dihormati
Ini negara kita yang perlu dihormati,” tegas Dr Akmal.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini menyeru supaya sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba, sebagai rakyat Malaysia, wajar memperbetulkan keadaan melibatkan pemasangan bendera dengan betul.

Beliau sendiri melakukan perkara yang sama pada bendera yang dipasang condong di kawasan kejiranannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat